Kaktus

Kaktus

Tuesday, January 14, 2014

Cara Menanam Kaktus Dengan Teknik Sambung Rata ( flat grafting )









Bahan-bahan yang digunakan untuk Teknik Sambung Rata







1 ) Potong secara mendaftar bahagian kaktus yang akan digunakan untuk batang bawah dengan menggunakan pisau tajam dan bersih.












2) Pada pucuk batang bawah disiat miring kira-kira 45 darjah supaya permukaan bahagian siatan lebih kecil.










3) Potong kaktus yang akan digunakan untuk batang atas secara mendatar.









4) Ikat dengan menggunakan tali rafia atau getah supaya lebih kuat. Untuk mendapatkan hasih yang optimum, letakkan kaktus di kawasan yang redup serta memperolehi peredaran udara yang baik. Selepas 5-7 hari, bukakan ikatannya.













Kaktus hasil dari teknik Sambung Rata

Monday, January 13, 2014

Memperindahkan Kaktus dengan Teknik Sambung

         Cara- caranya ialah dengan menggabungkan bahagian batang bawah dan batang atas untuk menghasilkan tanaman baru yang unik seperti bentuk, saiz, dan warna. Justeru itu, sediakan batang bawah (under stamp) dan batang atas (entres) yang sihat, tidak busuk , dan sistem perakaran yang kuat. Batang bawah yang lazim diguna ialah kaktus jenis Echinocereus, seperti Echinocereus subnermis.Batang bahagian atas boleh dipilih kaktus dari jenis Gymnocalycium. Apa yang penting ialah sesuaikan saiz dan ciri-ciri kedua batang yang disambungkan supaya proses penyambungan memperolehi hasil dengan baik.
          Gaya kretif lain ialah dengan menyambung beberapa jenis kaktus dalam satu tanaman. Untuk menghasilkannya, pilih jenis kaktus yang bercabang atau bersemak/berumpun, seperti kaktus dari jenis Stenocereus, Pilosocereus, Laphocereus atau Echinopsis. Untuk batang pada bahagian atas pula, pilih kaktus dari jenis Gymnocalcycium atau Myrtillocactus yang berbentuk seperti kipas.
          Untuk menyambung kedua-dua batang tersebut, gunakan pisau yang tajam dan bersih. Pisau ini berfungsi untuk memotong dan menghiris batang supaya hasil hirisan sekatan dan rata bagi memudahkan sambungan tersebut melekat kuat. Selain dari pisau, seiakan pinset untuk memegang batang bahagian atas ketika penyambungan dilakukan. Gunakan sarung tangan yang dibuat dari getah bagi mengelakkan tangan tersusuk duri kaktus. Cara lain pula ialah dengan menggunakan kertas suratkhabar untuk memegang batang kaktus yang berduri. Untuk melekatkan kedua-dua batang, gunakan lidi dan gelang getah.

Terdapat beberapa teknik sambung digunakan untuk menyambung kaktus. Antaranya:
  • sambung rata ( flat grafting )
  • sambung celah ( cleft grafting )
  • sambung serong (  stab grafting )  
           Sambung rata merupakan teknik yang paling kerap digunakan untuk menyambung kaktus kerana ia merupakan proses yang paling mudah dan boleh dilakukan oleh penggemar yang baru menceburi bidang seni taman. Tahap keberhasilannya  juga tinggi iaitu mancapai 90%. Kegagalan teknik ini lazimnya disebabkan oleh bahagian batang yang tidak rata dan tidak melekat dengan sempurna. La akan mengakibatkan  tanaman layu dan mati.
        Sambung serong sama seperti sambung rata. Perbezaannya  ialah pada arah hirisan kaktus. Kesukaran berlaku ketika menyambungan kerana posisinya miring dan teknik ini sesuai digunakan oleh mereka yang berpengalaman.
           Sambung celah merupakan satu taknik yang lebih kuat, tetapi perlaksanaannya agak sukar jika dibandingkan dengan sambung rata . Ini kerana, batang bahagian bawah dipotong membentuk huruf "V"; batang bahagian atas membentuk huruf "V" terbalik. Cara ini sudah tentu memerlukan pengalaman dan kenbijaksanaan supaya kedua-dua batang boleh melekat kuat. Hasil dari sambung tusuk pula cukup unik kerana bahagian batang atas diletakkan di sisi batang bawah. Cara ini sukar dan jarang diterapkan. Hanya meraka yang berpegalaman sahaja yang  boleh melakukan teknik ini. 
          Teknik sambungan berhasil apabila sambungan yang gagal dilihat pada bahagian batang atas yang berkedut, layu, dan tidak bersatu dengan batang bahagian bawah. Apa yang penting ialah proses penyambungan perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan getah yang terdapat pada bahagian batang yang dipotong mengering. Kemudian, tanaman diletakkan di lokasi yang redup dan tidak terdedah pada sinar cahaya matahari.




Sunday, January 5, 2014

Ciri- Ciri Kaktus Yang Baik Dan Berkualiti

Sihat
Batang berwarna hijau segar dan cerah, memiliki saiz yang sesuai dengan jenis dan usia kaktus, batang tampil teguh, dan bebas dari hama dan penyakit.

Bersih
Perhatikan bahagian batang dan duri ( terutama berduri lebat/ berbulu) terhindar dari kotoran. Pasu juga perlu berada dalam keadaan yang bersih.

Tumbuh normal 
Tumbuh pada pertumbuhan akar yang tidak menyembul ke permukaan medium atau menjulur ke arah lubang pembuangan air di dasar pasu. Apabila memilih tanaman jenis ini, pindahkan segera ke dalam pasu yang lebih besar.


Friday, January 3, 2014

Tips Memilih Pasu

  • Memiliki dasar yang berlubang
  • Tahan lebih lama dan tidak mudah ditumbuhi lumut
  • Saiznya perlu disesuaikan dengan saiz tanaman 
  • Memiliki bentuk yang unik dan warna yang menarik
 




Penanaman di dalam pasu berdiameter 8 cm lazimnya dilakukan sewaktu pemindahan benih atau tanaman muda hasil dari pembiakan. Jika tanaman berasal dari pemotongan, pastikan benih sudah berusia 1 bulan. Pada usia tersebut, benih telah memiliki sistem perakaran yang cukup dan kuat. Jika berasal dari biji, pastikan ia berusia sekitar 2-3 bulan. Medium tanaman yang dipilih juga sebaik-baiknya sudah disediakan 1-2 hari sebelum proses penanaman dilakukan.





Thursday, January 2, 2014

Jenis-Jenis Kaktus

Berikut merupakan jenis-jenis kaktus yang boleh dijadikan sebagai koleksi di rumah... :):):)

Cereus senilis

Cleicactus straussii

Corypantha ramillosa

Leistocactus jujuyensis

Eriosyce imitans

Escobaria sneedii

Mammillaria guaricensis



Wednesday, January 1, 2014

Kaktus, Tanaman Gurun yang Eksotik

Tahukan anda? did U know?

Kaktus tumbuh dengan subur di kawasan persekitaran pasir yang gersang. Kaktus diklasifikasikan sebagai tanaman eksotik kerana bentuknya yang unik seperti bentuk berbulu mirip sikat, dan ada juga yang berduri lebat memenuhi keseluruhan batangnya.

Menurut sejarah, kaktus tumbuh sekitar 100 juta tahun yang lalu. Pada masa itu , bentuknya tinggi menjulang. Akan tetapi, kaktus generasi terkini yang terdapat di kawasan tandus Amerika Selatan dan Mexico tumbuh dengan bentuk yang lebih pendek dari induknya yang terdahulu. Situasi ini berpunca daripada letusan gunung berapi yang telah "menenggelamkan" sebahagian benua Ameriak pada 60-Juta tahun yang lalu. Sewaktu aktiviti vulkanik gunung berapi berhenti, lama-kelamaaan kaktus-kaktus tersebut tumbuh semula.


Gurun: Penempatan awal kaktus

Nama kaktus berasal dari kata kaktos, dalam bahasa Yunani yang bermaksud sejenis tanaman berduri. Ahli Botani bernama Linneaus memasukkannya ke dalam kelompok tumbuhan berduri atau Cactacaea. Tanaman kaktus mampu bertahan lama terhadap cuaca panas ataupun lembap. Berdasarkan bentuknya, kaktus merupakan sejenis tumbuhan yang boleh menyesuaikan diri dengan persekitarannya..


#tumbuhan yang mampu bertahan lama terhadap cuaca panas.. hebat kaktus kan? 😊  
#kebesaran Ilahi.. SubhanALLAH..